Honda Civic 1.8s
Semalam dan hari ini aku ke Showroom Honda di Sri Damansara Kepong. Mulanya cadang tu hanya mahu tengok-tengok saja. Bila tengok Model Honda Civic 1.8 aku jadi berkenan pula. Terus aku pi tanya jurujual dari segi perkiraan. Aku bercadang nak trade in kereta lama aku pun jenis honda juga. Model EG8 tahun 1996.
Model EG8 tu laku lebih kurang 12k saja. Sudah boleh cover semua. Kira cover downpayment dan insuran sekali. Setelah aku fikir punya fikir, maka jadilah. Kira bulan-bulan RM1144 . Aku sudah mula angan-angan pandu kereta tu. Rezeki dari tuhan melalui bisnes internet yang aku buat, aku rasa aku mampu bayar. Setakat ini hasil pendapatan dari internet kira agak lebat juga. Harap Allah murahkan rezeki aku dan keluarga aku. Amin.
Sambung cerita…aku minta nak test drive kereta Honda Civic 1.8. Memang best. Rasa tak mahu berhenti, rasa nak terus bawa balik rumah. Gelojoh juga aku ni. Maklumlah, kereta impian aku selama ini. Kira jadilah aku trade in kereta lama aku tu. Aku dibenarkan guna kereta lama aku yang banyak jasa tu sehingga 30 April 2008 ini. Nak gambar Honda tu, tengok bawah, bukan bawah meja la, tu kat bawah tu:

Popularity: 100% [?]









